Isnin, 20 Januari 2014

Jawapan bagi Tugasan Cuti Sekolah

Salam sejahtera, semua.

Sila buat pembetulan bagi tugasan-tugasan cuti sekolah kamu berdasarkan jawapan yang diberi.

Tarikh penghantaran pembetulan ialah 23 Januari, sewaktu kelas Bahasa Melayu.

Selamat maju jaya!

Tugasan Bacaan & Kosa Kata: (60 markah)
A. Skema ulasan buku ‘Budi Emas’. (22 markah) - Tuliskan di penyusun grafik baharu.

·          Permulaan: Bab 1 (markah penuh: 2)

Hilyani terpaksa berjaja nasi di atas kereta api setiap hari untuk menyara hidup. – ms 2-3 (Isi = 1m, Bahasa = 1m)

·          Aksi Menaik: Bab 2 (markah penuh: 4)

Ikram, abang Hilyani, disahkan menghidapi penyakit Filariasis atau Kaki Gajah. – ms 7 (Isi = 1m, Bahasa = 1m)

Hilyani berjanji akan membantu abangnya mendapatkan rawatan dengan menabung sebahagian daripada wang pendapatannya. – ms 12 (Isi = 1m, Bahasa = 1m)

·          Konflik (Penerangan tentang masalah manusia menentang keadaan):
        Bab 3 - 6 (markah penuh: 4)

Ikram seorang pelajar bijak, yang pernah mengharumkan nama sekolah, kini tidak dapat menyertai sekolah setelah dia tidak dapat berjalan akibat penyakitnya itu. – ms 22-23 (Isi = 1m, Bahasa = 1m)

Penyakit Ikram mungkin sembuh kalau dilakukan rawatan secara intensif.  Namun demikian, Ikram tidak memiliki wang yang diperlukan bagi rawatan tersebut kerana dia tiada lagi tempat bergantung, setelah kematian ibu bapanya, dan pendapatan adiknya, Hilyani, tidak mencukupi. ms 34 (Isi = 1m, Bahasa = 1m)
·          Klimaks: Bab 7 (markah penuh: 4)

Hilyani meminta Ikram berjanji untuk memenuhi wasiat arwah ayahnya dengan belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading. – ms 55
(Isi = 1m, Bahasa = 1m)

Hilyani membuka tabung simpanan bagi abangnya dengan harapan Ikram boleh kembali ke sekolah.  Wang $800 yang terdapat dalam tabung itu tidak mencukupi untuk membeli sebuah kerusi roda yang diperlukan Ikram untuk bersekolah lagi. – ms 57 (Isi = 1m, Bahasa = 1m)

·          Peleraian: Bab 8 (markah penuh: 4)

Fikri, sahabat Ikram, mengunjunginya untuk memberitahu bahawa ayahnya mahu menghadiahkan Ikram sebuah kerusi roda. – ms 64 (Isi = 1m,
Bahasa = 1m)

Selain itu, ayah Fikri akan membiayai rawatan kaki Ikram serta membantunya semasa di universiti – ms 64 (Isi = 1m, Bahasa = 1m)

·          Pengajaran: mana-mana jawapan yang munasabah berdasarkan jalan cerita / watak dalam cerita ini. (markah penuh: 4)

Contoh:

Pernyataan tentang pengajaran yang diperoleh (Isi = 1m, Bahasa = 1m)
“Saya pelajari bahawa kita perlu bersikap positif sungguhpun kita berhadapan dengan pelbagai cabaran.”

Pengukuhan daripada jalan cerita / watak dalam cerita (Isi = 1m,
Bahasa = 1m)
“Sebagai contoh, dalam cerita ini, sungguhpun mereka kurang bernasib baik, Hilyani berfikiran bahawa ada lagi orang yang menghadapi nasib yang lebih buruk seperti mangsa tsunami. – ms 16


B. Jawapan kosa kata dalam buku ‘Budi Emas’. (38 markah)

Senarai Kosa Kata daripada Glosari

1.     rapi: kemas / bersih/ teliti
2.     meredah: merempuh
3.     bersyukur: berterima kasih kepada Tuhan
4.     gigih: cekal
5.     tersorok: tersembunyi
6.     melumurkan: menyapukan / memalitkan
7.     menjalar: merayap
8.     fiil: perangai / kelakuan
9.     meluahkan: mengeluarkan
10. susuk: bentuk
11. benak: otak
12. bertenggek: duduk
13. melangut: mendongak
14. penambakan: penimbunan
15. asyik: leka
16. memeritkan: memedihkan
17. laris: laku
18. menampan: menahan / menghalang / menyekat
19. diraut: dilicinkan / diruncingkan
20. intensif: giat / bersungguh-sungguh
21. dijalin: dianyam
22. ketinggalan: keciciran
23. menambat: mengikat
24. menjinjing: membimbit
25. memintas: memotong
26. menggelepar: menggelupur
27. takdir: ketentuan
28. halangan: sekatan
29. bertekad: berazam
30. hinggap: bertenggek
31. terbit: muncul / timbul
32. terlongo: ternganga
33. pelawa: jemput / ajak
34. tersidai: terjemur
35. mengamati: meneliti
36. resah: gelisah
37. tergenang: tidak berlinangan
38. bersimpati: menaruh belas kasihan


3. Latihan Pemahaman: (60 markah)


Petikan 1 (30 markah)

1.  Buku diari Leena tidak bertulis sejak akhir-akhir ini kerana Leena sibuk dengan kegiatan sukannya dan badannya letih serta hatinya pula runsing. (3 m)

2.  Dua sebab yang mendorong Leena melibatkan diri dalam sukan adalah pertama, dorongan yang diberikan oleh guru sukannya, Encik Lim, dan kedua, pelibatannya itu dijangka dan diharapkan dapat meningkatkan prestasi pasukan sekolahnya. (3 m)

3.  “Perasaannya bertambah kacau lagi” bermaksud Leena semakin dirundung kegelisahan.  Sebabnya adalah, selain Cikgu Ashikin yang menasihatinya agar mengurangkan pelibatannya dalam bidang sukan, ibunya juga telah meluahkan perasaan kurang senangnya terhadap pelibatan Leena dalam sukan.  Tambahan lagi, Leena sendiri merasakan pelibatannya dalam bidang sukan itu tidak mendapat pengiktirafan pihak sekolah. (3 m)

4.  Leena mengatasi masalahnya dengan mengambil keputusan menemui Encik Lim untuk menerangkan situasinya agar dia dapat megurangkan masa bersukan da memberi tumpuan terhadap pelajarannya yang dianggap penting bagi menentukan masa depannya. (3 m)

5.  (mana-mana jawapan yang munasabah) Contoh: Pada pendapat saya, Leena wajar mengundurkan diri daripada kegiatan sukannya untuk memberi tumpuan yang lebih terhadap bidang akademik.  Ini kerana peperiksaannya bakal menjelang dan dia harus membuat persiapan yang secukupnya.  Tambahan pula, pelajarannya yang dianggap penting bagi menentukan masa depannya berbanding pelibatannya dalam sukan. (5 m)

6.  (mana-mana jawapan yang munasabah) Contoh: Pada pendapat saya, sikap Cikgu Ashikin tidak bertentangan dengan sikap Encik Lim kerana, sebagai guru, kedua-dua mereka memang mahukan yang terbaik buat Leena sungguhpun dari segi bidang yang berbeza,iaitu bidang akademik dan sukan.  Bagi saya, kedua-dua orang guru ini sebenarnya mahukan Leena memberi tumpuan yang lebih sama ada kepada bidang akademik atau sukan.  Dengan itu, sikap Cikgu Ashikin serupa dengan sikap Encik Lim. (5 m)

7.  melepaskan segala kerunsingan = meluahkan semua kerisauan yang terpendam (2 m)

8. merungut sendirian = mengomel sendiri (2 m)

9. meningkatkan prestasi = menaikkan tahap kelakonan (2 m)

10. tidak mendapat pengiktirafan = tidak memperoleh pengesahan sokongan pihak sekolah (2 m)


Petikan 2 (30 markah)

1.  Nureen tidak berpuas hati dengan tindakan ayahnya mengahwinkannya pada usia yang muda dan dia telah menuruti kehendak ayahnya walaupun dia sebenarnya tidak rela dikahwinkan. (3 m)

2.  Sikap positif yang ditunjukkan Nureen adalah, pertama, taat kepada orang tuanya. Walaupun dia tidak rela dikahwinkan pada usia yang muda, dia masih tetap menuruti kehendak ayahnya.  Sikap positif yang kedua adalah mementingkan pelajaran.  Sungguhpun dia telah lama meninggalkan bangku sekolah, Nureen mahu meneruskan impiannya mengambil peperiksaan peringkat ‘A’ dengan mendaftarkan diri di kelas malam setelah dia menjadi seorang janda. (3 m)

3.  (mana-mana jawapan yang munasabah) Contoh: Pada pendapat saya, ayah Nureen tidak seperti dahulu kerana, pertama, mungkin ayahnya menyedari bahawa dia telah menyekat peluang Nureen untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi.  Kedua, ayah Nureen juga mungkin menyesali keputusannya untuk mengahwinkan anaknya pada usia yang muda kerana Nureen kini telah menjadi seorang janda muda.  (3 m)

4.  (mana-mana jawapan yang munasabah) Contoh: Tindakan ayah Nureen mengawalnya sewaktu remaja adalah wajar kerana tanpa kawalan mungkin Nureen menjadi seorang anak yang liar atau tidak mendengar kata.  Sungguhpun caranya konservatif, ia berkesan menjadikan Nureen seorang anak yang taat.
 (3 m)

5.  Ayah Nureen menyatakan sedemikian kerana dia menyesal mengahwinkan Nureen pada usia yang muda dan kini Nureen sudah menjadi seorang janda muda.  Kini, dia mahu Nureen belajar bersungguh-sungguh supaya cita-citanya tercapai dan dia boleh menampung kehidupannya yang tidak bersuami lagi.
 (5 m)

6.  (mana-mana jawapan yang munasabah) Contoh: Nureen seorang anak yang taat. Contohnya, dia tidak memberontak terhadap ayahnya apabila dia dikahwinkan pada usia yang muda walaupun dia sebenarnya tidak rela.  Nureen juga mementingkan pelajarannya.  Ini terbukti apabila dia mendaftar diri di kelas malam kerana ingin mengambil peperiksaan peringkat ‘A’. (5 m)

7.  berfikiran konservatif = mempunyai cara yang kolot dan tradisional (2 m)

8. menyesali nasibnya = pedar hati dengan keadaan hidup yang ditempuhi (2 m)

9. sering murung = sentiasa dalam keadaan sedih dan sayu (2 m)

10. berderai air mata = menangis (2 m)


0 comments:

Catat Ulasan